Tentang Kami

Jika anda memerlukan penyelengaraan penghawa dingin berkualiti tinggi, profesional dan mesra, kami lah solusinya.

Pada tahun 2019, Mohd Hafisnaldi bin Petrinadi dan Muhammad Ikhmal Hakim bin Zaki menubuhkan sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang dikenali sebagai MRH Aircond Service. Perniagaan ini dijalankan secara bersama oleh kedua-dua pemilik dengan memberikan fokus kepada penyelenggaraan penghawa dingin, dengan hanya menggunakan sebuah kenderaan berupa lori berkapasiti satu tan. 

Menghadapi pelbagai cabaran pada tahun 2020, usaha gigih dan tekun mereka membuahkan hasil dengan meningkatkan jumlah kenderaan kepada dua buah lori berkapasiti satu tan dan sebuah van. Selain daripada itu, syarikat telah mengambil inisiatif untuk memberikan peluang kepada generasi muda dalam bidang penghawa dingin, dan pada tahun 2024, jumlah anak didik yang masih bekerja di MRH Aircond Service telah meningkat kepada sembilan orang.

Dengan aspirasi untuk pertumbuhan yang lebih pesat, kedua-dua pemilik bercita-cita untuk memperluas operasi syarikat dengan membuka lebih banyak cawangan di sekitar Lembah Klang.

Tahun

0

Menjadi pilihan pertama pelanggan untuk penghawa dingin kediaman sekitar Lembah Klang, Shah Alam, Kuala Selangor dan Rawang.

Menjadi kontraktor pilihan pelanggan serta membantu 50,000 orang pelanggan sekitar Shah Alam dan Selangor

TAHUN

0

Membuka cawangan lebih dari 5 buah cawangan di sekitar Lembah Klang dan Selangor bagi memberi peluang kepada generasi-generasi muda yang akan datang.

Keselesaan anda adalah keutamaan kami!

Kami hanya memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda.